Thursday, 15 December 2016

INTERVIEW SPEECH-LANGUAGE PATHOLOGY IIUM

Hai!
Harini sy nak share soalan interview sy smlm. Kang dok tangguh2, lupa pulak kan.
Fyi, act kat uia ni department of audiology and speech-language pathology adalah di bawah naungan yang sama tapi dua unit berbeza. IAllah tahun depan (september) baru bukak kemasukan speech patho. Sebelum ni ada audio ja. IAllah kami first batch huhu. Kalau sy dpt course ni la.

So, sebelum nak cerita pasal soalan interview smlm, sy nk share tips sikit.
1) Pastikan anda cari bebetul tentang kos yang akan anda ambil. Dari segi jenis pekerjaan, subjek, peluang pekerjaan etc.

2) Berlatih bercakap dulu sebelum interview. So, nanti takde la awkward sgt.

3) Waktu interview, muka cool, senyum ja. Haha.

Ok thats all. Hua3 ^

Semalam sy cuba yg terbaik utk control cool dan jawab sebaik mngkin, tengok orang2 sebelah (kami masuk 4 org sekaligus dalam bilik temuduga) pehhh cakap berjela kauuu...sampai sy terfikir "eh, jawapan aku pendek sgt ke?" Lol!



Ok ni antara soalan2nya:

1) introduce yourself
2) what is your first option?
3) hows your student life?
4) if you find a subject really boring. What will you do?
5) what do you find yourself 10 years ahead?
6) what good quality do you have, so that we should consider you?
7) why speech pathology?


Macam sy. Sy jenis cakap pendek je. Sy rasa apa yg sy cakap betul, ikhlas, jujur dari hati, boekkkk dah tuh hehhehe...

Mcm soalan 1
Sy perkenalkan nama, asal mana, sekolah mana dulu dan hobi.

Soalan kedua
Mstilah sy jwb speech-language patho kan. Even sbnrny malam sblum iv hati sy berbolak sama ada nak speech patho or dietitik. Huhu.

Soalan ketiga
I learn by doing notes and hear for the lecture. Besides, I also participate in a club. Martial arts club also known as persatuan seni silat cekak malaysia. From that club, I have learn many things. The club has organized many types of activities which involving the community. So, from those activities, I getting used with the community and can cope with them very well. (Wktu ni aku tak kesah da BI broken ke ape, yg penting ada ayat aku cakap) habahahahahahha ^-^

Soalan keempat and so on korg karang ler sndiri...haha malas nak tulis panjang sgt.  Jawab je yg mana keluar dari hati korg tapi biarlah berpada2....huhu

Last aku share jwpn utk soalan 7. Ayat utk iv nk semua aku karang sendiri. So, paham2 ler.

Why speech pathology?

Firstly, I have a passion towards children.
Furthermore, children with disabilities such as swallowing and feeding disorder, deaf, having difficulties to speak and others disabilities are gifts from Allah, that we should treasure and educate them properly.
Besides, I have made a quick research about occupational vacancy for this field, and I found out that there is a high demand for speech pathology. It is such a regretful thing, Malaysia is having an increasing number of children with disabilities but yet there is insufficient speech pathologist to educate this special children.
Last but not least, personally I am a type of person who love to mingling with people and share heart to heart conversation, in my opinion, through this field, I can meet with many types of people either parents or the children themselves which can give me many useful input and lesson that can be implemented in my life. (Patience, cleanliness etc)



Ok thats all gais. Doakan aku dapat yer. Entri sblum ni, aku kata nak dietitik tapi tu lah, Allah dah bolakkan hati. Tawakkal. IAllah, Allah tahu yg terbaik.
Borang yang kita akan dapat untuk pilih kos apa yang kita nak wuhuu~~

Tuesday, 13 December 2016

DIETITIK UIA

Apa yang aku tulis ni hanyalah sedikit perkongsian. Hasil daripada apa yang aku dapat dari senior aku. Esok aku intebiu utk allhs (allied health science), so iAllah...ingat nak ambil dietitik.

So, akak senior aku cakap, dietitik ni memang takde ambil subjek phys and maths langsung. Yeay! Ini yang kita mahukan! Tapi chem still ada. Katanya, chem kat degree tak sama macam cfs. Kalau kat cfs kita belajar banyak benda tapi degree kita belajar yang spesifik punya. Spesifik kpd nutrien. Kita blaja chem utk tahu metabolism. Ha lebih kurg gitu la. Nk citer lebih2 taktahu...maklumlah asasi baru. Nnt klau degree aku dpt dietitik aku citer nah. IAllah. Akak tu cakap, lecturer diet ni baik and sporting blaka.

Dietitik ni kerja dia, tentukan menu masakan pesakit and leh jadi nutritionist gak. Selalunya akan bergaul dengan pesakit yang ada kencing manis, darah tinggi dll. Kita jugak akan belajar pasal nutrition. Yg seronoknye aku pikir, kite leh blaja masak. Woohoooo~~kalau dapat ye awok2..iAllah. Pstu, sllunya kos diet and biomed paling ramai org nak.

Aku selit sikit subjek ape yang akk senior aku tu amik sem ni.

FINAL EXAMINATION TIMETABLE SEMESTER 1, 2016/2017

21/12/2016 (Wednesday)
9:00 am - Human Structure & Function 1

24/12/2016 (Saturday)
2:30 pm - Food Science

28/12/2016 (Wednesday)
2:30 pm - Nutritional Biochemistry

30/12/2016 (Friday)
9:00 am - Bahasa Melayu Kerjaya

31/12/2016 (Saturday)
9:00 am - Nutrition & Health

04/01/2017 (Wednesday)
9:00 am - The Islamic Worldview
2:30 pm - Introduction to Health Communication

05/01/2017 (Thursday)
9:00 am - Developmental Psychology in Health Sciences


Tu diaaa...welcome...

So basically iAllah aku igt first choice nak ambil diet, 2nd speech patho, 3rd opto.

Aku minat lebih kpd bio drpd maths and phys. Minat k. Tapi tak bpe terer. Yg kos len2 tu aku tak roger and out lagi hakak2 yg len. Kalau korg2 ada pape nk share silalah ye. Muah ciked ^

Thursday, 24 November 2016

UMAT YANG TERBAIK

"Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat yang makruf, dan mencegah mungkar, dan beriman kepada Allah....."
- Surah Āli 'Imrān 3:110 -

Allah telah nyatakan dalam al-quran, bahawa kita umat islam adalah umat yang terbaik.

Tapi, Allah sebut juga yang kita ini adalah umat yang terbaik kerana kita mengajak kepada makruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah (3 syarat untuk menjadi umat terbaik)

Renungkan kembali dalam diri kita, adakah kita tergolong dalam kategori tersebut. Bilamana kita ingin berbuat kebaikan, adakah kita malu untuk mengajak orang lain? Atau kita malu mencegah kemungkaran.

Atau adakah kita hanya mengajak orang-orang tertentu sahaja ke program ilmu? Atau adakah kita merasa berat tatkala orang mengajak ke arah kebaikkan tetapi rasa seronok bila orang mengajak untuk pergi berhibur?

Firman Allah:
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
- surah At-taubah 9:41 -

Dengan apa yang kita telah lakukan selama ini, layakkah kita untuk ke syurga Allah. Moga Allah mendekatkan kita kepada-Nya. Aamiinn..

Doa didekatkan kepada orang yang mencintai Allah:

اللهم اني اسالك حبك، و حب من يحبك، و حب عمال يقرب الى حبك

" Ya Allah, aku memohon daripada-Mu, kasih sayang-Mu, dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu, dan cinta amalan-amalan yang mendekatkan kepada cinta-Mu"

Monday, 21 November 2016

KHAS untuk KAUM WANITA

-Peringatan bersama-

Menjaga pandangan.
Dari mata turun ke hati. Sebab tu Allah pesan awal-awal kat kita dalam surah an-Nuur ayat 30-31:

☆ Mula-mula Allah pesan kat kaum lelaki untuk tundukkan pandangan. Sebabnya? Aku pun tak pasti. Kaum lelaki lagi faham mungkin.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" (30)


☆ Kemudian Allah pesan pulak dekat kaum wanita dalam ayat seterusnya..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (31)

Ayat ni aku cnp dari www.surahmy dan ada campur dengan quran terjemahan aku


Sebenarnya kita dah diingatkan berkali-kali dari zaman sekolah menengah lagi (waktu belajar pendidikan islam dulu). Tapi takpe la. Aku saja nak refresh otak huhu.
Dalam ayat ni Allah ingatkan kita kaum wanita untuk:

1. Menundukkan pandangan
♡ sebab Allah tahu dah, angkara mata lah mulanya zina berlaku (yelah mula pandang-pandang jadi zina mata, lepas tu jatuh suka, asyik dok teringat ja, da jadi zina hati, lepas tu kalau tak kuat iman sikit mula lah kapel sobsobsob)

2. Pelihara kemaluan kita
♡ Islam hadir meningkatkan darjat wanita, maka janganlah kita merendahkannya. 

3. Jangan perlihatkan perhiasan kecuali apa yg zahir sahaja
♡ moga-moga kita dijauhkan dari fesyen pemakaian yg menonjolkan perhiasan secara keterlaluan 

4. Menutupkan kain tudung ke dada
♡ kalau tak nak pakai tudung labuh skli pon, at least labuhkan bawah dari dada. (Saya pon macam ni hehe)

5. Jangan menampakkan perhiasan badan (aurat) kecuali kepada orang tertentu
♡ termasuklah tak berpakaian ketat atau nipis, lengan pon kena tutup, kaki pon sama.

6. Jangan menghentakkan kaki supaya orang tahu perhiasan kita
♡ dulu waktu zaman saya sekolah rendah, suka pakai gelang kaki, suka sangat bila dengar bunyi loceng kecil tu, masuk skola menengah baru tau xleh wat gitu.

Sehubungan dengan itu, (ewahh)
Saya nak ingatkan diri kita

☆ Kalau boleh jangan add fb/approve ig lelaki, kalau nak jugak pastikan gambar yg upload tu menutup aurat dan tak manja.

☆ Waktu nak whatsapp or pm lelaki tak kisah dlm grup ke apa, elakkan guna emoji (😊😀😁☺😉😍😘) etc. Kalau tak guna lagi bagus. Pastu takyah nak (huhu,hihi,haha). Tapi sebenarnya saya pon kadang-kadang terbuat. Takpe la kita ubah sama-sama k. Ini dari pandangan saya.

☆ jangan guna alasan 'nak berukhuwwah, nak kenal kawan' sampai kita lupa batasan laki perempuan.

☆ kalau suka kat seseorang tu senyap je jangan bagitahu sesiapa melainkan kita yakin kawan kita tu takkan gosipkan kita ngan dia sampai buatkan kita lalai (kadang perempuan ni suka bercerita, pastu nanti ada kawan yang jenis menggalakkan, maka kita pon mulalah berangan)

Setakat ni saja dari saya.
Me with full of flaws.
Kalau sudi terima nasihat ni, kita berubah sama-sama.
Lagipon ini peringatan untuk saya juga ;)

KENAPA AKU MASIH BERNYAWA?

Sedikit perkongsian

- Kita perlukan agama untuk kepentingan intelektual -

Pernah terfikir apa tujuan kita hidup di muka bumi ni?
Aku ni datang dari mana?
Apa pengakhiran aku?
Macam mana dunia ni wujud?
Siapa yang cipta aku?
Aku tercipta dgn sendirinya atau ada Pencipta yg lain?
Kalau ada siapa Dia?
Lepas kehidupan ni. Ada lagi tak kehidupan yang lain?

Semua persoalan ni ada dalam agama kita.

Allah bersabda: surah adz-dzariyat ayat 56

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku "

Itulah tujuan kita hidup di bumi Allah ini.
Tetapi kebanyakan kita tak peduli dengan ayat ini.
Kita malas. Malas nak belek kitab Allah. Sebab tu kita rasa hidup kita tak berguna. Yang kita tahu, kita nak ikut kehendak kita je.
Kita berbohong bila kita cakap, kita beriman, kita percaya hari akhirat, kita percaya Allah itu ada, kita percaya syurga neraka.

Ya. Seandainya kita percaya semua itu wujud, masakan kita akan lalai dengan kehidupan dunia. Leka dengan hiburan. Bazir masa kita.

Aku juga begitu. Selalu terlalai. Kadang aku terfikir. " Ya Allah, apa yang aku sedang lakukan ini? Aku sedang membuang masa aku! "

Aku banyak scroll sosial media, sampai tak sedar berapa banyak masa aku buang. Aku tengok movie lagho. Seandainya kita tidak disibukkan dengan kebaikan maka kita akan disibukkan dengan kemaksiatan.

Aku menyesal. Tapi esoknya aku masih lakukan perkara yg sama. Berulang-ulang. Kadang aku malu nak minta ampun dengan Allah. Tapi terus aku ingatkan diri aku. Pintu taubat itu luas, Allah Maha Pengampun. Ya, Dia Maha Pengampun, tapi jangan kita lupa, Dia juga, Maha Keras seksaan-Nya. Don't take it for granted.

Aku cuba isi masa aku dengan perkara berfaedah. Cuba jadikan bidang penulisan ini sebagai medium dakwah aku. Baca buku. Cuba dekatkan diri dengan Allah.

Saturday, 6 August 2016

PENGHAYATAN :SURAH AL-INFITHOR

10. Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu),

11. Yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu),

12. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan

Surah al-infithar

Sahabat. Ingatlah tatkala kita ingin melakukan sesuatu, malaikat di kiri dan kanan mencatat amal.
Dosa yang kecil mungkin kita anggap remeh. Tapi lupakah kita? Allah tahu apa yang kita lakukan dari sekecil2 perbuatan. Dosa besar apatah lagi.

Ingat yang manisnya maksiat membawa kemusnahan. Pahitnya menahan nafsu membawa ke arah keimanan.

Aku ini ingin menjadi sahabatmu dunia akhirat. Aku titipkan pesanan ini utk kita bersama.

Allah knows exactly what happen

Thursday, 4 August 2016

JAUHI SANGKA BURUK

Jahat nau perangai aku. Tersangka buruk kat orang huhu. Pastu rasa serbasalah sobs :( maafffff....seb baik aku tak sebut nama org yg aku sngka buruk tu. Kalau tak da kira ngumpat. Pastu aku sebenarnya da terngumpat orang, huhu.... pastu rasa ego nak mintak maaf. Ottoke?

Firman Allah dalam surah al-hujurat (12:517)

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.

Astaghfirullah. Dalam tak sedar banyak kata-kata kita yg menghina orang. Kita cuba cari kesalahan orang lain. Kesalahan diri? Buta sudahkan mata hati kita? Jijiknya mulut ini, apa kau sanggup makan daging saudaramu sendiri? Maaf. Sama-sama kita jauhi prasangka. Allahu musta'in 😟😟😟

Thursday, 28 July 2016

PENYESALAN

Saat mendengar berita tentang kematian, hati kita menjadi sedih dan insaf. Tapi sayang kesedihan itu bertapak seketika sahaja. 2, 3 hari kemudian kita kembali membuat onar.

Masa kita dihabiskan untuk perkara yang sia sia. Sayang, kita kata kita yakin Allah itu ada. Malah kita yakin kiamat itu pasti akan tiba. Kita juga katakan, kita ingin masuk ke syurga.

Lantas....apakah usaha kita untuk ke syurga. Keras sungguh hati kita! Angkuh mengatakan "aku punya pandanganku sendiri kepada islam!", "aku punyai caraku sendiri untuk dekat kepada Tuhanku". Sedih tidak terkata. Kita tahu pasti hati kita memberontak dahagakan kasih Allah. Perlukan makanan ruhani. Tapi nafsu lebih menguasai. Kita biarkan diri kita lalai.

Saat ini, kita berfoya-foya dimuka bumi. Hari esok apa yang akan kita jawab tatkala disoal malaikat munkar dan nakir? Apabila jasad terkubur dalam bumi. Nah baru kita tahu apa erti penyesalan. Menyesal tidak berguna.

Saudara kita di bumi Palestin, Syria, ada kau ambil peduli? Beli makanan mahal mahal, pakaian dan barangan mahal mahal kita mampu. Tapi hulurkan rm10 sahaja kita tidak mampu? Apa kita akan jawab kelak? Allahu 😢

Aku insan biasa. Jatuh tersungkur banyak kali itu biasa. Hari ini taubat esok buat dosa kembali. Aku sedih. Tapi jangan lupa rahmat Allah itu luas. Berdoalah agar Allah tingkatkan dan tetapkan iman kita.

Tuesday, 12 July 2016

HIPOKRIT KAH?



Aku takut.
Takut dengan diri aku sendiri.
Takut dengan diri yang enggan ambil tahu pasal saudara sesama islam.

Aku takut.
Takut bilamana aku lihat keruntuhan akhlak saudara islamku.
Yang hidup melarat dibiarkan.

Aku takut.
Amal aku tak diterima lantaran aku terus menerus melakukan dosa walaupun aku menyedarinya.

Aku takut.
Bilamana diri aku melengah2kan perkara baik.
Aku lengahkan menutup aurat.
Aku lengahkan menjaga ikhtilat.
Aku lengahkan menjaga solat.
Aku lengahkan meninggalkan maksiat.
Aku takut dengan bisikan hati yang mengatakan 'Allah itu Maha Pengampun!'.
Lantas aku biarkan maksiat berlarutan.
Dosa kecil....andai kau kumpulkan. Kelak menjadi banyak.

Allahu. Hipokrit begitukah aku?

Sedang aku tahu dakwah itu tidak boleh dilengahkan. Akhlak aku perlu dipertingkatkan. Aku bagi alasan, diri ini bukan gadis bertudung labuh, atau tinggi ilmunya, atau baik akhlaknya. Aku melihat umat yang dahagakan belaian dakwah. Tapi aku terlalu takut dengan fitnah zaman ini. Yang mahu melakukan kebaikan kelak orang memcari2 salahnya. Lantas layakkah aku?

Sekadar berbicara dalam alam maya bukan realiti, perangai aku persis bagaikan "anak singa yg bertukar menjadi kijang".

Aku idamkan umat yang cakna dengan isu muslim sekeliling. Sedang aku enggan berubah.

Ya Ghafur!
Moga ruang untuk kami menjadi khalifah di muka bumi ini masih ada.
Aku ingin bumi ini menjadi jambatan kami ke syurga.

Moga kita semakin rajin menuntut ilmu.

Dan tidak menjadi hipokrit begini dan begitu. Aku lemah sungguh tak berdaya.
Allahu musta'in

Monday, 11 July 2016

KASIH SAYANG SANG PENCIPTA

Alhamdulillah..alhamdulillah..
Saya baru selesai melihat video nouman ali khan. Tajuknya 'major sins and shamelessness' . SubhanAllah. Betapa kasihnya Allah kepada hamba hina ini. Disaat aku sedang tercari-cari petunjuk-Nya lantas Dia segera memberikannya. Benarlah jika kita mencari Allah, Allah akan berlari kepada kita.

Dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat.” (HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675).

Baca Selengkapnya : https://rumaysho.com/2544-faedah-tauhid-5-allah-selalu-mengingat-hamba-yang-mengingat-nya.html


___________________________________________

Diakhir-akhir video ini, nouman ada menyatakan, kita perlu mencari sahabat yg akan menarik kita saat kita melakukan maksiat. Ya Allah, itulah yg sedang aku lakukan. Kadang kita sedar kita dilumuri dosa tatkala melakukan maksiat....tapi....kita ego. Kita hanya fikir, kita ingin menjadi islam yg biasa-biasa sahaja. Kita lupa, ahli syurga itu bukan biasa-biasa orangnya.
___________________________________________

Whatever Allah has is better and last longer.
My sisters and brothers, we should take ourselves closer to Him. Find a way to Him. Don't just wait for the Hidayah, seek it. Allah loves us more than we know. Let's take a look and listen carefully this video.

Gadis tudung labuh

Awak...awak ingat tak dulu2 waktu kita masih belajar? Kita dulu sekolah agama.
___________________________________________

Saya ingat lagi betapa malunya kita kalau ada angin yg kuat menerpa kita. Tudung kita jadi melekat kat badan sebab tudung kita labuh hehe. Cepat2 kita betulkan tudung takut muslimin nampak. Kadang2 tu kita jalan smbil pegang tudung sebab kita terlalu malu. Tapi....sekarang saya tengok tudung awak dah makin singkat dah atas pada dada, awak dah tak peduli. Orang tengok pon awak biar je.
___________________________________________

Saya ingat lagi betapa malunya kita kalau berdua je dalam kelas dengan lelaki walaupun duduk jauh 2 meter. Cepat2 kita angkat kaki keluar dari kelas. Tapi sekarang...awak dah berpunya, dah ada pakwe. Awak tak kisah pon duduk sebelah2 dekat2 dengan dia macam suami isteri. Awak tangkap gambar dengan dia. Awak tayang kat semua orang. Awak...awak lupa ke kita dulu sangat2 malu nak tangkap gambar dengan lelaki. Ada dalam kamera mereka pon kita tak sanggup.
___________________________________________

Saya sedar, mungkin salah saya sebab tak tegur awak. Salah saya sebab sy pon dah berubah jugak. Walaupon tudung sy masih patuh syariah tapi tudung sy makin singkat :'(  Sy pon jarang kisah kalau jalan dekat dengan lelaki.  Tapi nak tak kita berubah sama2?


___TheAkakCinonet___

Saturday, 2 July 2016

PERANCANGAN

**UIA GOMBAK**


Perjalanan yg aku ragu-ragu untuk pergi menjadi hari yang paling bermakna di bulan ramadhan ni. Alhamdulillah.
 Ramadhan kareem. 250616.
.

Kadang-kadang kita sedar masalah yang berlaku disekeliling dan dulu-dulu kita sering diperingatkan. Tapi kita lupa sebab kita hanyalah insan. Daurah kali ni mengingatkan kembali aku tujuan aku hidup di dunia ni. Masalah umat, punca berlaku maksiat.

.

Kita sedar cara untuk memperbaiki masalah umat ini adalah dengan dakwah, halaqah (tempat iman dibina). Tapi selalunya kita akan beri alasan supaya kita terlolos daripada melakukan dakwah. 'Saya tak cukup ilmu, saya tak ready, umat islam da ok?' . Alasan semata. Jika tak mampu bina lingkaran iman (halaqah), maka carilah. Anak singa telah ditukar menjadi kijang. Itulah kita. Syariat dan nafsu sama sekali tak boleh bercampur, TIADA jalan ketiga.

.

Bukanlah islam itu terlalu tegas, tapi kita yang melonggarkannya. Salah faham ukhuwwah dan ikhtilat. 'Alaaaa,,, kawan je pon,,, ni nak mengeratkan ukhuwwah' kononnya. Saya sendiri pon kadang rasa gini huhuhuhu. Ya islam itu mudah tapi jangan sesekali dipermudahkan.

.

Kita sertai halaqah supaya kita sentiasa memperbaiki diri. Sesiapa yg masih tak jumpa halaqah/lingkaran, carilah. Jangan hanya menunggu, redha bila tiada orang yang menarik kita ke arah Dia. Kawan-kawan saya boleh cari saya ehehhe, ya, aku manusia tak sempurna, penuh cacat cela. Tapi itu bukan alasan untuk aku tidak mengajak orang lain untuk sama menjadi umat terbaik, menjadi generasi rabbani seperti dalam surah Ali-Imran 3:79.

.

Kita berubah sama-sama. Okey. Berlapang dada saat teguran diberi. Insya Allah, step by step. Tidak terlalu laju menonong sampai terlupa tujuan sebenar dan tidak terlalu lembab sampai musuh menginjak.

.

Sehingga syahid bertemu, perjalanan harus diteruskan.