Saat mendengar berita tentang kematian, hati kita menjadi sedih dan insaf. Tapi sayang kesedihan itu bertapak seketika sahaja. 2, 3 hari kemudian kita kembali membuat onar.
Masa kita dihabiskan untuk perkara yang sia sia. Sayang, kita kata kita yakin Allah itu ada. Malah kita yakin kiamat itu pasti akan tiba. Kita juga katakan, kita ingin masuk ke syurga.
Lantas....apakah usaha kita untuk ke syurga. Keras sungguh hati kita! Angkuh mengatakan "aku punya pandanganku sendiri kepada islam!", "aku punyai caraku sendiri untuk dekat kepada Tuhanku". Sedih tidak terkata. Kita tahu pasti hati kita memberontak dahagakan kasih Allah. Perlukan makanan ruhani. Tapi nafsu lebih menguasai. Kita biarkan diri kita lalai.
Saat ini, kita berfoya-foya dimuka bumi. Hari esok apa yang akan kita jawab tatkala disoal malaikat munkar dan nakir? Apabila jasad terkubur dalam bumi. Nah baru kita tahu apa erti penyesalan. Menyesal tidak berguna.
Saudara kita di bumi Palestin, Syria, ada kau ambil peduli? Beli makanan mahal mahal, pakaian dan barangan mahal mahal kita mampu. Tapi hulurkan rm10 sahaja kita tidak mampu? Apa kita akan jawab kelak? Allahu 😢
Aku insan biasa. Jatuh tersungkur banyak kali itu biasa. Hari ini taubat esok buat dosa kembali. Aku sedih. Tapi jangan lupa rahmat Allah itu luas. Berdoalah agar Allah tingkatkan dan tetapkan iman kita.
No comments:
Post a Comment