-Peringatan bersama-
Menjaga pandangan.
Dari mata turun ke hati. Sebab tu Allah pesan awal-awal kat kita dalam surah an-Nuur ayat 30-31:
☆ Mula-mula Allah pesan kat kaum lelaki untuk tundukkan pandangan. Sebabnya? Aku pun tak pasti. Kaum lelaki lagi faham mungkin.
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" (30)
☆ Kemudian Allah pesan pulak dekat kaum wanita dalam ayat seterusnya..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (31)
Ayat ni aku cnp dari www.surahmy dan ada campur dengan quran terjemahan aku
Sebenarnya kita dah diingatkan berkali-kali dari zaman sekolah menengah lagi (waktu belajar pendidikan islam dulu). Tapi takpe la. Aku saja nak refresh otak huhu.
Dalam ayat ni Allah ingatkan kita kaum wanita untuk:
1. Menundukkan pandangan
♡ sebab Allah tahu dah, angkara mata lah mulanya zina berlaku (yelah mula pandang-pandang jadi zina mata, lepas tu jatuh suka, asyik dok teringat ja, da jadi zina hati, lepas tu kalau tak kuat iman sikit mula lah kapel sobsobsob)
2. Pelihara kemaluan kita
♡ Islam hadir meningkatkan darjat wanita, maka janganlah kita merendahkannya.
3. Jangan perlihatkan perhiasan kecuali apa yg zahir sahaja
♡ moga-moga kita dijauhkan dari fesyen pemakaian yg menonjolkan perhiasan secara keterlaluan
4. Menutupkan kain tudung ke dada
♡ kalau tak nak pakai tudung labuh skli pon, at least labuhkan bawah dari dada. (Saya pon macam ni hehe)
5. Jangan menampakkan perhiasan badan (aurat) kecuali kepada orang tertentu
♡ termasuklah tak berpakaian ketat atau nipis, lengan pon kena tutup, kaki pon sama.
6. Jangan menghentakkan kaki supaya orang tahu perhiasan kita
♡ dulu waktu zaman saya sekolah rendah, suka pakai gelang kaki, suka sangat bila dengar bunyi loceng kecil tu, masuk skola menengah baru tau xleh wat gitu.
Sehubungan dengan itu, (ewahh)
Saya nak ingatkan diri kita
☆ Kalau boleh jangan add fb/approve ig lelaki, kalau nak jugak pastikan gambar yg upload tu menutup aurat dan tak manja.
☆ Waktu nak whatsapp or pm lelaki tak kisah dlm grup ke apa, elakkan guna emoji (😊😀😁☺😉😍😘) etc. Kalau tak guna lagi bagus. Pastu takyah nak (huhu,hihi,haha). Tapi sebenarnya saya pon kadang-kadang terbuat. Takpe la kita ubah sama-sama k. Ini dari pandangan saya.
☆ jangan guna alasan 'nak berukhuwwah, nak kenal kawan' sampai kita lupa batasan laki perempuan.
☆ kalau suka kat seseorang tu senyap je jangan bagitahu sesiapa melainkan kita yakin kawan kita tu takkan gosipkan kita ngan dia sampai buatkan kita lalai (kadang perempuan ni suka bercerita, pastu nanti ada kawan yang jenis menggalakkan, maka kita pon mulalah berangan)
Setakat ni saja dari saya.
Me with full of flaws.
Kalau sudi terima nasihat ni, kita berubah sama-sama.
Lagipon ini peringatan untuk saya juga ;)
No comments:
Post a Comment