Tuesday, 12 July 2016

HIPOKRIT KAH?



Aku takut.
Takut dengan diri aku sendiri.
Takut dengan diri yang enggan ambil tahu pasal saudara sesama islam.

Aku takut.
Takut bilamana aku lihat keruntuhan akhlak saudara islamku.
Yang hidup melarat dibiarkan.

Aku takut.
Amal aku tak diterima lantaran aku terus menerus melakukan dosa walaupun aku menyedarinya.

Aku takut.
Bilamana diri aku melengah2kan perkara baik.
Aku lengahkan menutup aurat.
Aku lengahkan menjaga ikhtilat.
Aku lengahkan menjaga solat.
Aku lengahkan meninggalkan maksiat.
Aku takut dengan bisikan hati yang mengatakan 'Allah itu Maha Pengampun!'.
Lantas aku biarkan maksiat berlarutan.
Dosa kecil....andai kau kumpulkan. Kelak menjadi banyak.

Allahu. Hipokrit begitukah aku?

Sedang aku tahu dakwah itu tidak boleh dilengahkan. Akhlak aku perlu dipertingkatkan. Aku bagi alasan, diri ini bukan gadis bertudung labuh, atau tinggi ilmunya, atau baik akhlaknya. Aku melihat umat yang dahagakan belaian dakwah. Tapi aku terlalu takut dengan fitnah zaman ini. Yang mahu melakukan kebaikan kelak orang memcari2 salahnya. Lantas layakkah aku?

Sekadar berbicara dalam alam maya bukan realiti, perangai aku persis bagaikan "anak singa yg bertukar menjadi kijang".

Aku idamkan umat yang cakna dengan isu muslim sekeliling. Sedang aku enggan berubah.

Ya Ghafur!
Moga ruang untuk kami menjadi khalifah di muka bumi ini masih ada.
Aku ingin bumi ini menjadi jambatan kami ke syurga.

Moga kita semakin rajin menuntut ilmu.

Dan tidak menjadi hipokrit begini dan begitu. Aku lemah sungguh tak berdaya.
Allahu musta'in

No comments:

Post a Comment