"Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat yang makruf, dan mencegah mungkar, dan beriman kepada Allah....."
- Surah Āli 'Imrān 3:110 -
Allah telah nyatakan dalam al-quran, bahawa kita umat islam adalah umat yang terbaik.
Tapi, Allah sebut juga yang kita ini adalah umat yang terbaik kerana kita mengajak kepada makruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah (3 syarat untuk menjadi umat terbaik)
Renungkan kembali dalam diri kita, adakah kita tergolong dalam kategori tersebut. Bilamana kita ingin berbuat kebaikan, adakah kita malu untuk mengajak orang lain? Atau kita malu mencegah kemungkaran.
Atau adakah kita hanya mengajak orang-orang tertentu sahaja ke program ilmu? Atau adakah kita merasa berat tatkala orang mengajak ke arah kebaikkan tetapi rasa seronok bila orang mengajak untuk pergi berhibur?
Firman Allah:
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
- surah At-taubah 9:41 -
Dengan apa yang kita telah lakukan selama ini, layakkah kita untuk ke syurga Allah. Moga Allah mendekatkan kita kepada-Nya. Aamiinn..
Doa didekatkan kepada orang yang mencintai Allah:
اللهم اني اسالك حبك، و حب من يحبك، و حب عمال يقرب الى حبك
" Ya Allah, aku memohon daripada-Mu, kasih sayang-Mu, dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu, dan cinta amalan-amalan yang mendekatkan kepada cinta-Mu"
No comments:
Post a Comment