Thursday, 24 November 2016

UMAT YANG TERBAIK

"Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat yang makruf, dan mencegah mungkar, dan beriman kepada Allah....."
- Surah Āli 'Imrān 3:110 -

Allah telah nyatakan dalam al-quran, bahawa kita umat islam adalah umat yang terbaik.

Tapi, Allah sebut juga yang kita ini adalah umat yang terbaik kerana kita mengajak kepada makruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah (3 syarat untuk menjadi umat terbaik)

Renungkan kembali dalam diri kita, adakah kita tergolong dalam kategori tersebut. Bilamana kita ingin berbuat kebaikan, adakah kita malu untuk mengajak orang lain? Atau kita malu mencegah kemungkaran.

Atau adakah kita hanya mengajak orang-orang tertentu sahaja ke program ilmu? Atau adakah kita merasa berat tatkala orang mengajak ke arah kebaikkan tetapi rasa seronok bila orang mengajak untuk pergi berhibur?

Firman Allah:
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
- surah At-taubah 9:41 -

Dengan apa yang kita telah lakukan selama ini, layakkah kita untuk ke syurga Allah. Moga Allah mendekatkan kita kepada-Nya. Aamiinn..

Doa didekatkan kepada orang yang mencintai Allah:

اللهم اني اسالك حبك، و حب من يحبك، و حب عمال يقرب الى حبك

" Ya Allah, aku memohon daripada-Mu, kasih sayang-Mu, dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu, dan cinta amalan-amalan yang mendekatkan kepada cinta-Mu"

Monday, 21 November 2016

KHAS untuk KAUM WANITA

-Peringatan bersama-

Menjaga pandangan.
Dari mata turun ke hati. Sebab tu Allah pesan awal-awal kat kita dalam surah an-Nuur ayat 30-31:

☆ Mula-mula Allah pesan kat kaum lelaki untuk tundukkan pandangan. Sebabnya? Aku pun tak pasti. Kaum lelaki lagi faham mungkin.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" (30)


☆ Kemudian Allah pesan pulak dekat kaum wanita dalam ayat seterusnya..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (31)

Ayat ni aku cnp dari www.surahmy dan ada campur dengan quran terjemahan aku


Sebenarnya kita dah diingatkan berkali-kali dari zaman sekolah menengah lagi (waktu belajar pendidikan islam dulu). Tapi takpe la. Aku saja nak refresh otak huhu.
Dalam ayat ni Allah ingatkan kita kaum wanita untuk:

1. Menundukkan pandangan
♡ sebab Allah tahu dah, angkara mata lah mulanya zina berlaku (yelah mula pandang-pandang jadi zina mata, lepas tu jatuh suka, asyik dok teringat ja, da jadi zina hati, lepas tu kalau tak kuat iman sikit mula lah kapel sobsobsob)

2. Pelihara kemaluan kita
♡ Islam hadir meningkatkan darjat wanita, maka janganlah kita merendahkannya. 

3. Jangan perlihatkan perhiasan kecuali apa yg zahir sahaja
♡ moga-moga kita dijauhkan dari fesyen pemakaian yg menonjolkan perhiasan secara keterlaluan 

4. Menutupkan kain tudung ke dada
♡ kalau tak nak pakai tudung labuh skli pon, at least labuhkan bawah dari dada. (Saya pon macam ni hehe)

5. Jangan menampakkan perhiasan badan (aurat) kecuali kepada orang tertentu
♡ termasuklah tak berpakaian ketat atau nipis, lengan pon kena tutup, kaki pon sama.

6. Jangan menghentakkan kaki supaya orang tahu perhiasan kita
♡ dulu waktu zaman saya sekolah rendah, suka pakai gelang kaki, suka sangat bila dengar bunyi loceng kecil tu, masuk skola menengah baru tau xleh wat gitu.

Sehubungan dengan itu, (ewahh)
Saya nak ingatkan diri kita

☆ Kalau boleh jangan add fb/approve ig lelaki, kalau nak jugak pastikan gambar yg upload tu menutup aurat dan tak manja.

☆ Waktu nak whatsapp or pm lelaki tak kisah dlm grup ke apa, elakkan guna emoji (😊😀😁☺😉😍😘) etc. Kalau tak guna lagi bagus. Pastu takyah nak (huhu,hihi,haha). Tapi sebenarnya saya pon kadang-kadang terbuat. Takpe la kita ubah sama-sama k. Ini dari pandangan saya.

☆ jangan guna alasan 'nak berukhuwwah, nak kenal kawan' sampai kita lupa batasan laki perempuan.

☆ kalau suka kat seseorang tu senyap je jangan bagitahu sesiapa melainkan kita yakin kawan kita tu takkan gosipkan kita ngan dia sampai buatkan kita lalai (kadang perempuan ni suka bercerita, pastu nanti ada kawan yang jenis menggalakkan, maka kita pon mulalah berangan)

Setakat ni saja dari saya.
Me with full of flaws.
Kalau sudi terima nasihat ni, kita berubah sama-sama.
Lagipon ini peringatan untuk saya juga ;)

KENAPA AKU MASIH BERNYAWA?

Sedikit perkongsian

- Kita perlukan agama untuk kepentingan intelektual -

Pernah terfikir apa tujuan kita hidup di muka bumi ni?
Aku ni datang dari mana?
Apa pengakhiran aku?
Macam mana dunia ni wujud?
Siapa yang cipta aku?
Aku tercipta dgn sendirinya atau ada Pencipta yg lain?
Kalau ada siapa Dia?
Lepas kehidupan ni. Ada lagi tak kehidupan yang lain?

Semua persoalan ni ada dalam agama kita.

Allah bersabda: surah adz-dzariyat ayat 56

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku "

Itulah tujuan kita hidup di bumi Allah ini.
Tetapi kebanyakan kita tak peduli dengan ayat ini.
Kita malas. Malas nak belek kitab Allah. Sebab tu kita rasa hidup kita tak berguna. Yang kita tahu, kita nak ikut kehendak kita je.
Kita berbohong bila kita cakap, kita beriman, kita percaya hari akhirat, kita percaya Allah itu ada, kita percaya syurga neraka.

Ya. Seandainya kita percaya semua itu wujud, masakan kita akan lalai dengan kehidupan dunia. Leka dengan hiburan. Bazir masa kita.

Aku juga begitu. Selalu terlalai. Kadang aku terfikir. " Ya Allah, apa yang aku sedang lakukan ini? Aku sedang membuang masa aku! "

Aku banyak scroll sosial media, sampai tak sedar berapa banyak masa aku buang. Aku tengok movie lagho. Seandainya kita tidak disibukkan dengan kebaikan maka kita akan disibukkan dengan kemaksiatan.

Aku menyesal. Tapi esoknya aku masih lakukan perkara yg sama. Berulang-ulang. Kadang aku malu nak minta ampun dengan Allah. Tapi terus aku ingatkan diri aku. Pintu taubat itu luas, Allah Maha Pengampun. Ya, Dia Maha Pengampun, tapi jangan kita lupa, Dia juga, Maha Keras seksaan-Nya. Don't take it for granted.

Aku cuba isi masa aku dengan perkara berfaedah. Cuba jadikan bidang penulisan ini sebagai medium dakwah aku. Baca buku. Cuba dekatkan diri dengan Allah.