Saat mendengar berita tentang kematian, hati kita menjadi sedih dan insaf. Tapi sayang kesedihan itu bertapak seketika sahaja. 2, 3 hari kemudian kita kembali membuat onar.
Masa kita dihabiskan untuk perkara yang sia sia. Sayang, kita kata kita yakin Allah itu ada. Malah kita yakin kiamat itu pasti akan tiba. Kita juga katakan, kita ingin masuk ke syurga.
Lantas....apakah usaha kita untuk ke syurga. Keras sungguh hati kita! Angkuh mengatakan "aku punya pandanganku sendiri kepada islam!", "aku punyai caraku sendiri untuk dekat kepada Tuhanku". Sedih tidak terkata. Kita tahu pasti hati kita memberontak dahagakan kasih Allah. Perlukan makanan ruhani. Tapi nafsu lebih menguasai. Kita biarkan diri kita lalai.
Saat ini, kita berfoya-foya dimuka bumi. Hari esok apa yang akan kita jawab tatkala disoal malaikat munkar dan nakir? Apabila jasad terkubur dalam bumi. Nah baru kita tahu apa erti penyesalan. Menyesal tidak berguna.
Saudara kita di bumi Palestin, Syria, ada kau ambil peduli? Beli makanan mahal mahal, pakaian dan barangan mahal mahal kita mampu. Tapi hulurkan rm10 sahaja kita tidak mampu? Apa kita akan jawab kelak? Allahu 😢
Aku insan biasa. Jatuh tersungkur banyak kali itu biasa. Hari ini taubat esok buat dosa kembali. Aku sedih. Tapi jangan lupa rahmat Allah itu luas. Berdoalah agar Allah tingkatkan dan tetapkan iman kita.
Thursday, 28 July 2016
Tuesday, 12 July 2016
HIPOKRIT KAH?
Aku takut.
Takut dengan diri aku sendiri.
Takut dengan diri yang enggan ambil tahu pasal saudara sesama islam.
Aku takut.
Takut bilamana aku lihat keruntuhan akhlak saudara islamku.
Yang hidup melarat dibiarkan.
Aku takut.
Amal aku tak diterima lantaran aku terus menerus melakukan dosa walaupun aku menyedarinya.
Aku takut.
Bilamana diri aku melengah2kan perkara baik.
Aku lengahkan menutup aurat.
Aku lengahkan menjaga ikhtilat.
Aku lengahkan menjaga solat.
Aku lengahkan meninggalkan maksiat.
Aku takut dengan bisikan hati yang mengatakan 'Allah itu Maha Pengampun!'.
Lantas aku biarkan maksiat berlarutan.
Dosa kecil....andai kau kumpulkan. Kelak menjadi banyak.
Allahu. Hipokrit begitukah aku?
Sedang aku tahu dakwah itu tidak boleh dilengahkan. Akhlak aku perlu dipertingkatkan. Aku bagi alasan, diri ini bukan gadis bertudung labuh, atau tinggi ilmunya, atau baik akhlaknya. Aku melihat umat yang dahagakan belaian dakwah. Tapi aku terlalu takut dengan fitnah zaman ini. Yang mahu melakukan kebaikan kelak orang memcari2 salahnya. Lantas layakkah aku?
Sekadar berbicara dalam alam maya bukan realiti, perangai aku persis bagaikan "anak singa yg bertukar menjadi kijang".
Aku idamkan umat yang cakna dengan isu muslim sekeliling. Sedang aku enggan berubah.
Ya Ghafur!
Moga ruang untuk kami menjadi khalifah di muka bumi ini masih ada.
Aku ingin bumi ini menjadi jambatan kami ke syurga.
Moga kita semakin rajin menuntut ilmu.
Dan tidak menjadi hipokrit begini dan begitu. Aku lemah sungguh tak berdaya.
Allahu musta'in
Monday, 11 July 2016
KASIH SAYANG SANG PENCIPTA
Alhamdulillah..alhamdulillah..
Saya baru selesai melihat video nouman ali khan. Tajuknya 'major sins and shamelessness' . SubhanAllah. Betapa kasihnya Allah kepada hamba hina ini. Disaat aku sedang tercari-cari petunjuk-Nya lantas Dia segera memberikannya. Benarlah jika kita mencari Allah, Allah akan berlari kepada kita.
Dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat.” (HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675).
Baca Selengkapnya : https://rumaysho.com/2544-faedah-tauhid-5-allah-selalu-mengingat-hamba-yang-mengingat-nya.html
___________________________________________
Diakhir-akhir video ini, nouman ada menyatakan, kita perlu mencari sahabat yg akan menarik kita saat kita melakukan maksiat. Ya Allah, itulah yg sedang aku lakukan. Kadang kita sedar kita dilumuri dosa tatkala melakukan maksiat....tapi....kita ego. Kita hanya fikir, kita ingin menjadi islam yg biasa-biasa sahaja. Kita lupa, ahli syurga itu bukan biasa-biasa orangnya.
___________________________________________
Whatever Allah has is better and last longer.
My sisters and brothers, we should take ourselves closer to Him. Find a way to Him. Don't just wait for the Hidayah, seek it. Allah loves us more than we know. Let's take a look and listen carefully this video.
Saya baru selesai melihat video nouman ali khan. Tajuknya 'major sins and shamelessness' . SubhanAllah. Betapa kasihnya Allah kepada hamba hina ini. Disaat aku sedang tercari-cari petunjuk-Nya lantas Dia segera memberikannya. Benarlah jika kita mencari Allah, Allah akan berlari kepada kita.
Dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat.” (HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675).
Baca Selengkapnya : https://rumaysho.com/2544-faedah-tauhid-5-allah-selalu-mengingat-hamba-yang-mengingat-nya.html
___________________________________________
Diakhir-akhir video ini, nouman ada menyatakan, kita perlu mencari sahabat yg akan menarik kita saat kita melakukan maksiat. Ya Allah, itulah yg sedang aku lakukan. Kadang kita sedar kita dilumuri dosa tatkala melakukan maksiat....tapi....kita ego. Kita hanya fikir, kita ingin menjadi islam yg biasa-biasa sahaja. Kita lupa, ahli syurga itu bukan biasa-biasa orangnya.
___________________________________________
Whatever Allah has is better and last longer.
Gadis tudung labuh
Awak...awak ingat tak dulu2 waktu kita masih belajar? Kita dulu sekolah agama.
___________________________________________
Saya ingat lagi betapa malunya kita kalau ada angin yg kuat menerpa kita. Tudung kita jadi melekat kat badan sebab tudung kita labuh hehe. Cepat2 kita betulkan tudung takut muslimin nampak. Kadang2 tu kita jalan smbil pegang tudung sebab kita terlalu malu. Tapi....sekarang saya tengok tudung awak dah makin singkat dah atas pada dada, awak dah tak peduli. Orang tengok pon awak biar je.
___________________________________________
Saya ingat lagi betapa malunya kita kalau berdua je dalam kelas dengan lelaki walaupun duduk jauh 2 meter. Cepat2 kita angkat kaki keluar dari kelas. Tapi sekarang...awak dah berpunya, dah ada pakwe. Awak tak kisah pon duduk sebelah2 dekat2 dengan dia macam suami isteri. Awak tangkap gambar dengan dia. Awak tayang kat semua orang. Awak...awak lupa ke kita dulu sangat2 malu nak tangkap gambar dengan lelaki. Ada dalam kamera mereka pon kita tak sanggup.
___________________________________________
Saya sedar, mungkin salah saya sebab tak tegur awak. Salah saya sebab sy pon dah berubah jugak. Walaupon tudung sy masih patuh syariah tapi tudung sy makin singkat :'( Sy pon jarang kisah kalau jalan dekat dengan lelaki. Tapi nak tak kita berubah sama2?
___TheAkakCinonet___

Saturday, 2 July 2016
PERANCANGAN
**UIA GOMBAK**
Ramadhan kareem. 250616.
.
Kadang-kadang kita sedar masalah yang berlaku disekeliling dan dulu-dulu kita sering diperingatkan. Tapi kita lupa sebab kita hanyalah insan. Daurah kali ni mengingatkan kembali aku tujuan aku hidup di dunia ni. Masalah umat, punca berlaku maksiat.
.
Kita sedar cara untuk memperbaiki masalah umat ini adalah dengan dakwah, halaqah (tempat iman dibina). Tapi selalunya kita akan beri alasan supaya kita terlolos daripada melakukan dakwah. 'Saya tak cukup ilmu, saya tak ready, umat islam da ok?' . Alasan semata. Jika tak mampu bina lingkaran iman (halaqah), maka carilah. Anak singa telah ditukar menjadi kijang. Itulah kita. Syariat dan nafsu sama sekali tak boleh bercampur, TIADA jalan ketiga.
.
Bukanlah islam itu terlalu tegas, tapi kita yang melonggarkannya. Salah faham ukhuwwah dan ikhtilat. 'Alaaaa,,, kawan je pon,,, ni nak mengeratkan ukhuwwah' kononnya. Saya sendiri pon kadang rasa gini huhuhuhu. Ya islam itu mudah tapi jangan sesekali dipermudahkan.
.
Kita sertai halaqah supaya kita sentiasa memperbaiki diri. Sesiapa yg masih tak jumpa halaqah/lingkaran, carilah. Jangan hanya menunggu, redha bila tiada orang yang menarik kita ke arah Dia. Kawan-kawan saya boleh cari saya ehehhe, ya, aku manusia tak sempurna, penuh cacat cela. Tapi itu bukan alasan untuk aku tidak mengajak orang lain untuk sama menjadi umat terbaik, menjadi generasi rabbani seperti dalam surah Ali-Imran 3:79.
.
Kita berubah sama-sama. Okey. Berlapang dada saat teguran diberi. Insya Allah, step by step. Tidak terlalu laju menonong sampai terlupa tujuan sebenar dan tidak terlalu lembab sampai musuh menginjak.
.
Sehingga syahid bertemu, perjalanan harus diteruskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)