Alhamdulillah done for Clinical Case Examination for subjects :
1. Cardiovascular, Respiratory and Endocrine NURC 2324
Patient's case: Diabetic Mellitus
2. Gastrointestinal, Hepatobiliary and Neurologic NURC 2225
Patient's case : Cerebrovascular Accident
3. Hemopoietic, Musculoskeletal and Genitourinary NURC 2225
Patient's case : Bladder Cancer
4. Fundamental of Medical-Surgical and Special Senses Nursing NURC 2223
Patient's case : Right Eye Angle Closure Glaucoma
Blood. Sweats and Tears. Ceh. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Bersyukur sesangat untuk semua case dapat patient yang sangat cooperate dan supportive. Sobs. Serius bab study case patient ni jangan dibuat main. Sampai nangis wardmates aku. Patient refused, tak jumpa kes yang sepadan dengan sistem badan yang dikehendaki, bila sampai masa nak buat assessment, patient discharge pulak, peh sakit jiwa. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku.
.
Selalu orang tanya, korang kalau gi posting buat apa erk? Selain melakukan kerja sebagai nurse, kitorang jugak ada assessment (Physical examination, administering medication, nursing procedure, nursing process, health education & clinical case examination), yang mana setiap minggu dah ada allocate sistem badan manusia mana yang kau kena buat assessment.
Clinical case examination, read: buat research sikit pasal, anatomy & physiology, pathophysiology, pharmacology, diagnostic test dan banyak lagi la, malas nak sebut. Heh.
.
"Best ke kerja nurse kak?". "Kak, kenapa akak amik bidang perubatan?".
.
Antara soalan yang aku selalu dapat. Sejujurnya, ikut hati, memang ada part best ada yang tak best.
.
Yang bestnya, bila kau masuk hospital, kau akan lebih sedar masalah umat sekarang. Masalah sosial nya, tak solat dan macam macam lagi. Kau jugak akan sedar betapa besarnya nikmat kesihatan yang Allah beri.
.
Yang tak bestnya, bila kau hati tisu, tengok relative patient yang Last Office (meninggal), kau pon sibuk la bergenang air mata tak dapat tahan sebak. Kadang rasa serbasalah bila tak tahan dengan najis @ bauan dari pesakit. Sebab macam mana andai suatu hari nanti yang jadi pesakit tu kau sendiri? Tiada orang yang pinta untuk mereka jatuh sakit. Setiap yang Allah timpakan kepada kita adalah ujian untuk menguji keimanan. Belum cerita part lain lagi. Heh.
.
Dan bestnya bila kau ada kat hospital, kau dapat relate macam macam perkara. Dapat tengok pelbagai ragam manusia. Macam mana tingkah manusia bila diuji dengan kesakitan. Kau tahu? Seandainya tika sihat sahaja kau tak mampu untuk beribadat dengan sebaiknya, belum tentu kau akan beribadat tika sakit. Ada yang tak putus menyebut nama-Nya dan ada jugak yang tak terpacul langsung menyebut nama Allah.
.
Terlalu ramai yang masih tidak mengenal islam dengan sebetulnya. Remuk hati, bila tengok ramai yang tak solat even sakit tu tak seberapa sangat. Masih ramai yang pandang enteng kewajipan sebagai muslim. Aku cuba menegur, tapi aku seorang sahaja tak mampu beb. Jadi, jom lah kita bina hospital tarbiyah bersama! Hospital yang mana bukan sekadar fizikal yang dirawat, tapi hati.
.
Serius rasa berdosa bila tengok orang tak solat, tak ramai ada kesedaran untuk ubah benda ni. Mungkin ada yang sedar tapi tak mampu melakukan perubahan jika hanya sendirian. Sebab tu, umat perlukan kita. Perlukan jururawat, doktor, farmasi dan lain lain yang bukan sahaja merawat luaran tapi dalaman. Cadangan aku, pergi lah hospital, cuna duduk sana, tak lama, cukup sehari dan kau akan peroleh pelbagai iktibar.
.
Setiap kali aku rasa nak stop, penat do kerja nurse, ni baru student, belum kerja betul betul lagi. Even nak jadi lecturer, kami kena ada experience in nursing field at least 2 years. Aku monolog sendiri, mampu ke aku bertahan dengan kepenatan ni? Dan bila nak stop aku akan fikir balik, they need me. They need us. Maka teruskan lah melaksanakan amanah walau diri masih penuh dengan tempang.
.
Jadi aku doakan, moga moga, aku, kau, kita akan terus teguh dan diberi kekuatan untuk mentarbiyah umat, walau sepenat, sebesar mana pun kepayahan dan mendatang. Mohon kalian doakan juga. Insya Allah. Bersambung. Jika berkesempatan.
#myheart #everyheartbeatisagift
No comments:
Post a Comment