Alhamdulillah done for Clinical Case Examination for subjects :
1. Cardiovascular, Respiratory and Endocrine NURC 2324
Patient's case: Diabetic Mellitus
2. Gastrointestinal, Hepatobiliary and Neurologic NURC 2225
Patient's case : Cerebrovascular Accident
3. Hemopoietic, Musculoskeletal and Genitourinary NURC 2225
Patient's case : Bladder Cancer
4. Fundamental of Medical-Surgical and Special Senses Nursing NURC 2223
Patient's case : Right Eye Angle Closure Glaucoma
Blood. Sweats and Tears. Ceh. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Bersyukur sesangat untuk semua case dapat patient yang sangat cooperate dan supportive. Sobs. Serius bab study case patient ni jangan dibuat main. Sampai nangis wardmates aku. Patient refused, tak jumpa kes yang sepadan dengan sistem badan yang dikehendaki, bila sampai masa nak buat assessment, patient discharge pulak, peh sakit jiwa. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku.
.
Selalu orang tanya, korang kalau gi posting buat apa erk? Selain melakukan kerja sebagai nurse, kitorang jugak ada assessment (Physical examination, administering medication, nursing procedure, nursing process, health education & clinical case examination), yang mana setiap minggu dah ada allocate sistem badan manusia mana yang kau kena buat assessment.
Clinical case examination, read: buat research sikit pasal, anatomy & physiology, pathophysiology, pharmacology, diagnostic test dan banyak lagi la, malas nak sebut. Heh.
.
"Best ke kerja nurse kak?". "Kak, kenapa akak amik bidang perubatan?".
.
Antara soalan yang aku selalu dapat. Sejujurnya, ikut hati, memang ada part best ada yang tak best.
.
Yang bestnya, bila kau masuk hospital, kau akan lebih sedar masalah umat sekarang. Masalah sosial nya, tak solat dan macam macam lagi. Kau jugak akan sedar betapa besarnya nikmat kesihatan yang Allah beri.
.
Yang tak bestnya, bila kau hati tisu, tengok relative patient yang Last Office (meninggal), kau pon sibuk la bergenang air mata tak dapat tahan sebak. Kadang rasa serbasalah bila tak tahan dengan najis @ bauan dari pesakit. Sebab macam mana andai suatu hari nanti yang jadi pesakit tu kau sendiri? Tiada orang yang pinta untuk mereka jatuh sakit. Setiap yang Allah timpakan kepada kita adalah ujian untuk menguji keimanan. Belum cerita part lain lagi. Heh.
.
Dan bestnya bila kau ada kat hospital, kau dapat relate macam macam perkara. Dapat tengok pelbagai ragam manusia. Macam mana tingkah manusia bila diuji dengan kesakitan. Kau tahu? Seandainya tika sihat sahaja kau tak mampu untuk beribadat dengan sebaiknya, belum tentu kau akan beribadat tika sakit. Ada yang tak putus menyebut nama-Nya dan ada jugak yang tak terpacul langsung menyebut nama Allah.
.
Terlalu ramai yang masih tidak mengenal islam dengan sebetulnya. Remuk hati, bila tengok ramai yang tak solat even sakit tu tak seberapa sangat. Masih ramai yang pandang enteng kewajipan sebagai muslim. Aku cuba menegur, tapi aku seorang sahaja tak mampu beb. Jadi, jom lah kita bina hospital tarbiyah bersama! Hospital yang mana bukan sekadar fizikal yang dirawat, tapi hati.
.
Serius rasa berdosa bila tengok orang tak solat, tak ramai ada kesedaran untuk ubah benda ni. Mungkin ada yang sedar tapi tak mampu melakukan perubahan jika hanya sendirian. Sebab tu, umat perlukan kita. Perlukan jururawat, doktor, farmasi dan lain lain yang bukan sahaja merawat luaran tapi dalaman. Cadangan aku, pergi lah hospital, cuna duduk sana, tak lama, cukup sehari dan kau akan peroleh pelbagai iktibar.
.
Setiap kali aku rasa nak stop, penat do kerja nurse, ni baru student, belum kerja betul betul lagi. Even nak jadi lecturer, kami kena ada experience in nursing field at least 2 years. Aku monolog sendiri, mampu ke aku bertahan dengan kepenatan ni? Dan bila nak stop aku akan fikir balik, they need me. They need us. Maka teruskan lah melaksanakan amanah walau diri masih penuh dengan tempang.
.
Jadi aku doakan, moga moga, aku, kau, kita akan terus teguh dan diberi kekuatan untuk mentarbiyah umat, walau sepenat, sebesar mana pun kepayahan dan mendatang. Mohon kalian doakan juga. Insya Allah. Bersambung. Jika berkesempatan.
#myheart #everyheartbeatisagift
Saturday, 22 December 2018
Saturday, 15 December 2018
Tempat Tarbiyah Kedua
SMAP Bentong (SUPERB). Sekolah SBP baru buka tahun 2013. Waktu tahun 2014, batch aku first batch SPM sekolah ni. Sekolah Berasrama Penuh SBP. Waktu ni aku pindah sekolah sekali dengan bestfriendforeverandever aku. Seminggu, survive tanpa ada lagi tazkirah dari Ustaz Hairul. Persekitaran pon dah lain, kalau dibandingkan dengan SMKA TAHAP, jauh beza. Rasa janggal pon ada. Pergaulan pun bebas sikit dari sekolah yang dulu. Ya, even SMAP. Sebab tak semua yang baru masuk tu dulu sekolah agama. Kau tak boleh expect dorang akan terus berubah.
.
"Eyda, koi nak pindah masuk TAHAP balik. Koi tak boleh duk sini, rindu TAHAP"
Aku tatap muka dia. Mendung. Tak berseri. Aku pun rindu sekolah lama. Tapi alhamdulilah boleh survive. Air mata dia dah bergenang di tubir mata. Tunggu jatuh je.
"Eyda, takpe ye, koi tinggal aok kat sini. Iqa ada, aok boleh kawan ngan dia"
"Tini....hmmm kalau aok rasa tu yang terbaik terpulang"
Nak masuk sekolah tu dah berapa ribu habis, yuran,baju dan kelengkapan yang lain. Jadi aku tak sanggup nak bazirkan semua tu. Maka, perjuangan diteruskan. Seminggu kemudian Tini pindah, ada dalam 15 orang jugak kot yang tak tahan, pindah sekolah lama.
Serius rindu. Rindu nak ada orang kejut qiam. Ada geng solat dhuha sama. Rushing nak gi solat jemaah. Dengar tazkirah. Sini takde geng.
SUPERB, tempat yang first time aku dapat kirim salam maut dari sorang mamat. Ha padu penangan akak hang ni, sampai kena gitu. Entah apa perangai aku yang annoying sangat tah. Jumpa gaduh. Last sekali, aku bolayan je. First time aku jadi wakil untuk syarahan. Kena kejar mengejar dengan homeroom yang asyik nak menyorok waktu mentor mentee dorm. Adoi kelakar betul. Macam biasa, (eh), jadi konsultan cinta untuk kawan kawan dan junior. Dehh. Even aku tak berpengalaman, tapi dah orang suka cerita kat aku, maka, akau tadah la telinga, dengar dengan khusyuk. But, at the end dorang kena ceramah dengan aku, kahkahkah...tapi jangan risau aku dengar je dengan khusyuk, aku ceramah balik bukan bermaksud aku bash dorang couple ke apa ok, ceramah yang murni murni je.
Dekat sini, baru aku sedar rupa rupanya tajwid quran aku tunggang langgang. Satu benda yang aku tak sedar waktu sekolah tahap dulu. Huhu sedih. Macam mana aku boleh sedar? Allah gerakkan hati aku untuk cek bacaan quran dengan kawan aku. Kisahnya aku dengar kawan aku baca quran, wau merdu betul suara, bacaan yg tartil, dengung, panjang pendek, dengar jelas. Dengan muka tebal, aku beranikan diri.
"Awak, saya nak mintak tolong cek kan bacaan quran saya boleh?"
Maka bermula lah episod setiap kali asar atau maghrib, sempat je, dia aku cari. Segan jugak la dengan junior waktu tu. Tapi lantak la, daripada terbelenggu dengan kebodohan. Tergagap aku baca.
"Mursyidah, awak salah baca ni, ni bukan dua harkat, tak boleh baca panjang."
"Mursyidah, kat sini awak kena dengung"
"Mursyidah, ni nama dia ikhfak syafawi, awak kena baca macam ni"
Bergenang jugak air mata. Sebab rasa bodoh sangat. Ulang banyak kali tak dapat dapat. See. Cantik perancangan Allah. Dia letakkan kita kat sesuatu temoat sesuai dengan perancangan-Nya. Alhamdulillah.
P/s: seriusly aku malu dengan diri aku. Dulu. Insya Allah keep on improving diri yang terlalu banyak tempang sana sini. Insya Allah, tak seharusnya kita pinta dipermudahkan perjalanan tarbiyah ini, tetapi pintalah agar Allah beri kekuatan kepada kita. Sentiasa. Aamiinn YRA. Ya Muqollibal Qulub Thabbit Qulubana.
P/s: seriusly aku malu dengan diri aku. Dulu. Insya Allah keep on improving diri yang terlalu banyak tempang sana sini. Insya Allah, tak seharusnya kita pinta dipermudahkan perjalanan tarbiyah ini, tetapi pintalah agar Allah beri kekuatan kepada kita. Sentiasa. Aamiinn YRA. Ya Muqollibal Qulub Thabbit Qulubana.
Subscribe to:
Posts (Atom)