Tuesday, 23 October 2018

Life as Nursing Student



"WEH KASUT SEKOLAH SAPE NI!!!"
.
Tergelak kecil aku dengar jeritan roommate Aina, geng aku. Saja lawat sekejap bilik dia sebelum menunggu bas ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang (HTAA)
.
"Weh ko ni, hahhahaha ni kasut aku la. Sakit tau kaki pakai kasut nurse kat htaa tu. Patient ramai giler"
.
Yes serius, terkejut aku waktu first day posting. Memang senior, clinical instructor even lecturer dah inform, suruh beli kasut yang selesa dipakai waktu posting. Terpengaruh dengan kata kata akak aku untuk beli lady shoes. Sarung kasut. "Em rasa macam dah selesa ni"
.
Hari first posting. Kaki melangkah ke ward Medical 8C (Male). Toleh kiri kanan. Okey. Asal padat gila nak mampus satu kubikel ni? Kubikel yang sepatutnya menempatkan enam orang pesakit kena sumbat 10 orang patient. Okey. Chill. Relaks. Satu kubikel dekat 10 orang total kubikel ada empat, tak termasuk isolation room & kubikel yang menempatkan patient yang ada masalah penyakit yang berjangkit
.
Selesai orientasi, tugasan bermula. Start dari tukar cadar patient, ambil vital sign dan kalau kurang nasib kurang baik sikit patient BO, ha settle kan la korang
.
"Dik, nanti awak buat ni ye"
"Dik, nanti awak buat tu ye"
"Dik, nanti awak pergi lab ye"
"Ok, nanti sampai part kena administer medication kat patient korang buat tau. Belajar."
"Nurse, mak saya buang air besar, tolong saya cuci sekali"
.
Peh waktu first time tu, even sampai sekarang. Kadang kadang rasa nak muntah bila kena handle najis orang lain. Easier said then done. Bila rasa nak termuntah aku cover dengan berdehem "Ehem". Waktu tu bernafas tak ikut hidung dah. Hembus nafas guna mulut je.
.
Kadang rasa bersalah bila diri rasa jijik dengan najis atau patient. Sebab kau tahu, mungkin sekarang ni Allah uji dorang, dorang tak boleh nak jalani kehidupan dorang macam orang normal, mungkin esok, lusa atau nanti, kau pon macam tu. Apa kau rasa bila orang muntah bila cuci najis kau? Sebab tu kami sebolehnya tahan. Even ada jugak yang tewas. Haha
.
Shift bermula seawal 7 pagi berakhir dengan jam 2 petang. Waktu tu kaki dah menggeletar rasa. Tak mampu nak berjalan dah. Seret jugak kaki menapak ke parking bas.
"Weh tunggu aku, aku tak larat weh nak jalan, aku rasa kaki aku patah. Huwaa"
Ok itu propa semata. Tapi serius balik bilik, usai solat, memang aku pengsan, tido mati. Nasib tak terlepas asar. Badan pon rasa panas je.
.
"Korang, senior pesan nak hilangkan rasa sakit kaki tu, nanti tido kaki angkat ke atas, sandar kat dinding atau loker. 45 degree."
.
Aku pun dengan bijaknya ikut petua tu. Halah ngeng nya. Kejung kaki guee. Ye la, bila kaki ko angkat ke atas 45 degree, darah pon turun, payah nak naik kat bahagian atas kaki. Maka kekebasan la kaki aku. Tak caya korang try sendiri eh. Lepas tu tobat aku tak buat dah. Kalau buat pon sekejap je.
.
Dari Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.”  (HR Bukhari No: 5933) Status: Hadis Sahih
.
Bersambung....

Sunday, 21 October 2018

Tempat Tarbiyah Pertama

"Dik, masuk sekolah agama ya, kawan abah, pengetua sekolah tu" - abah

Dalam hati "What sekolah agama?!? Memang tak la. Tak rock. Tudung labuh pulak tu. Nightmare. Masuk sekolah biasa cukup la"

Tapi entah kesungguhan abah nak sangat sangat anak dia masuk sekolah agama, akhirnya lembut jugak hati nak terima. Sampai bawak round sekolah tu, dari Lipis ke Jerantut. Bawak pergi interview. Takkan la tergamak nak tolak, cakap taknak masuk sekolah agama.

SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang. Tempat pertama ditarbiyah.

Peristiwa paling aku ingat

"Awak, tudung awak ni pendek tau even awak kecik". Tegur seorang pelajar tingkatan dua.

Muka aku macam apa je waktu. What theee?? Dia cakap tudung aku singkat. Bagi aku dah labuh kot. Nak labuh mana lagi. Sabar. Sabar.

"Ha awak, baju awak tu singkat ye, jangan ingat badan kecik tak nampak baju tu pendek. Nanti tukar baju" - warden asrama.
Kena tegur waktu perjumpaan asrama.

Ha ni lagi satu, apa kes, dok dalam asrama je pon, baju nak kena labuh paras peha jugak. Hish, berapi jugak rasa. Tapi sebab hormat, aku anggukkan kepala, tanda mengerti.

"Mursyidah, kenapa ko dekat dekat weh dengan lelaki tu. Mana boleh. Jaga ikhtilat!"

Pehh culture shock guee, kenapa aku yg dipersalahkan? Padahal mamat tu dulu yg datang dekat meja aku. Tanya soalan. Aku? Jawab je la.

Kes aku kena sound dengan member sebab guna "aku, ko", ye la beb, dari tadika biasa guna bahasa tu. Nak expect tiba tiba aku guna "saya, awak". Lol.

Peristiwa kena ragging dengan satu dorm, sampai menangis depan loker, sebab nak cover. Haha, akan aku ingat sampai bila bila.

Belum masuk dengan kawan dorm cakap nak terajang gara gara aku kejut subuh. Hei, waktu tu rasa nak lesing je budak tu. Ingat aku apa? Orang kejut subuh, liat nak bangun.

Tarbiyah, fasa demi fasa, aku mula diperkenalkan dengannya, hidup mula rasa terisi.

"Adik adik, zina ni, bukan setakat zina yang berzina lelaki perempuan tu je. Tapi ada banyak, zina mata, hati, telinga dll"

Mula dikenalkan dengan mathurat, solat dhuha, qiamullail, puasa sunat, solat sunat dll. Best jugak, not bad.

Budak sekolah agama mesti perasan, kalau kat sekolah ni ada tiga golongan. Golongan nakal, tengah tengah dan baik. Ha aku yg tengah tengah tu. Kira takde la lemah lembut, baik, jaga adab, pandai bab agama sgt ni. Kira senior tk perasan pon la kewujudan aku. Senior ni kan paling kenal budak nakal dan baik sekali.

Hari demi hari berlalu. Sungguh detik detik yang berlalu amat bermakna.

Ingat lagi peristiwa, aku dengan kawan aku berlari ke surau dalam hujan renyai untuk kejar takbiratul ula.
"Weh hujan la, macam mana ni?"
"Takpe la, kita redah je. Cepat nanti terlepas pulak solat jemaah."
Bersungguh nak full solat awal waktu untuk 40 hari. Sebab ustaz hairul (legend smka tahap) ada bagi tazkirah, dinyatakan dalam hadis, siapa yg dapat takbiratul ula, dpt pelepasan dari jadi orang yg munafik.

Sanggup makan biskut je waktu rehat, untuk berkejar ambil wuduk untuk solat dhuha. Rehat 45 minit kadang tak cukup bila kelas abis lambat.

Paling aku suka, bila surau sekolah hidup sepanjang 10 malam terakhir ramadhan. Sungguh sungguh ustaz taujih kami, kena kejar malam lailatul qadar.

Abah pergi pon waktu aku kat sekolah ni.

Punya padu dia punya tarbiyah sampai.....

Aku sanggup pindah sekolah sebab tak tahan terlalu suka dekat crush. Lol. Bila dah suka, mata asyik rasa nak tengok je, lagi payah bila sekelas. Mata asyik melilau. Rasa berdosa pulak bila berzina mata & menyerahkan hati pada yang tak pasti. Jadi aku pelik dengan org yg ada bf/gf tapi cepat giler move on, 3 bulan tukar pasangan. Ceit. Masuk awal tingkatan 4 dapat offer SBP. Jadi ni waktu terbaik untuk move on dari crush. Solat istikharah, tanya mak, mak cakap pindah lah sekolah. Tapi aku ulang. Tak semua rasa mcm yg aku rasa. Semua diperkenalkan dengan tarbiyah tapi tak semua grab peluang. Berat nak tinggalkan sekolah yg banyak mengajar erti hidup, tapi aku rimas dengan perasaan diri sendiri. Buang masa. So, chow dulu dari crush. Bye bye.

Sekolah agama tapi couple bersepah. Solat tunggang terbalik. Kurang ajar. Membawang. Tak semua budak sekolah agama baik dan tak semuanya tak baik. Bergantung jugak kepada kawan yg kau pilih. Ok. Aku tak cakap aku baik pon, mmg banyak flaws. Tapi yg baik aku cuba terima slow slow. Lagi lagi lepas abah takde. Bersambung....