23.1.2017
Dup dap sebab kawan whatsapp suruh check portal iium, kot-kot da dapat kos apa yang bakal kita dapat.
Bukak portal. Papp. Muncul perkataan nursing kat student course.
Tak percaya lagi. Try tanya kawan-kawan. Then, dorg cakap portal cfs da tak leh guna.
Pukul 3 kena check lagi sekali kat link lain.
Then I checked. "Congratulations you have been offered to further the studies in Bachelor of Nursing (Hons.)". Lebih kurang gitu la. Tak tau nak rasa apa. Memang kecewa gilaaa. Ye la kita mintak course speech pathology. Mulalah salahkan itu ini. Huhu...kelam kabut bersiap pi uia kuantan.
24.1.2017 up until today 3.2.2017
Hati masih rasa berkecamuk. Dah mula ada belajar sikit-sikit subjek nursing. Actually, bagi aku best je lagi setakat ni. Sebelum ni rasa tak suka sebab bila fikir pasal kerjaya nanti. Macam-macam cerita dah dengar. But then, I realized, nowadays whatever courses you are, it wont't guaranteed your occupation. Aku ni pulak jenis orang yang memang agak terlalu memikirkan masa depan. Mana nak fikir pasal pimpinan Malaysia lagi (cewahhh). *iklan jap* susah nau kan sekarang nak pilih pemimpin yang kita betul-betul percaya?
Sampai aku lupa bersyukur. Aku kufur dengan nikmat Allah.
Padahal, setiap kali doa, aku minta Allah berikan aku sebaik-baik ketetapan.
Aku lupa, mungkin ini jalan yang Allah nak aku lalui. Jalan yang terbaik untuk aku.
Walaupun aku tak pasti lagi apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
NURSING UIA KUANTAN
Tiada satu orang pun yang minta supaya mereka jatuh sakit.
Ambil bidang nursing pun, tak semestinya kau jadi nurse.
Banyak lagi profession yang boleh dicapai.
Yang penting niat kau.
Belajarlah kerana Allah.
Bekerjalah kerana Allah.
Hari-hari tajdid niat kerana Allah.
Tak semestinya bila orang lain cakap sesuatu perkara tu susah nak diperolehi, maka kau tak boleh buat.
Apa-apa pun yang terjadi pada masa depan, cubalah sebaik mungkin untuk menjadi mukmin yang berjasa kepada ummah. Ya, kau fikir pekerjaan nurse itu tidak berjasa kepada umat? Huhuhu..
REDHA
Belajar menerima kenyataan.
Sentiasa doa yang baik-baik.
Moga-moga yang baik-baik jugalah yang akan datang.
Untung ada akak yang supportive.
"Jangan terlalu memikirkan sangat pasal rezeki, bumi Allah ni luas, mesti ada rezeki untuk kita"-kak inah
"Dengan ilmu, dengan makanan, jangan pernah kau berkira"-anonymous
Aku cuba untuk yakin, pasti Allah ada perancangan-Nya sendiri.
p/s: aku siap fikir nak tukar kos econs lagi tau hhahaha...tapi adoi...sayang biologi